Sunday 1 May 2016

PENTINGKAH SAHABAT?




Watak di dalam cerita ini

(nama anda) sebagai watak utama
Aisyah
Farah


Genre : persahabatan

CHAPTER 4

     Anda pon berlalu ke tandas.Tanpa disedari anda menangis."Ya Allah!Kenapa dunia ini sungguh mengejamkan?Aku hanya ingin bersenderian.Bukankah berkawan itu hanya membuang waktu?Bukankah berkawan itu sangat menyakitkan?"Anda hanya mampu menangis.Anda tidak sanggup lagi.Anda tidak mahu berkawan lagi."Kenapa awak rasa berkawan hanya menyakitkan?Tanya Aisyah yang sejak tadi berada di luar tandas.Anda terkejut lalu mengusap air mata.

     Anda berlari keluar dari tandas.Tanpa sengaja,anda pon terlanggar Aisyah.Aisyah cuba mengejar anda yang hendak menuju ke kelas."Adakah sebab itu dia menjadi seperti ini.Ini tak boleh jadi,saya mesti tolong dia.Tapi,saya rasa ada yang masih dia pendamkan."Batin Aisyah sambil mengejar anda.Anda mula memperlahankan larian kerana lagi beberapa langkah anda sudah samapai ke kelas.Aisyah juga memperlahankan lariannya.

    Anda masuk ke dalam kelas dengan senyuman disebalik kepenatan selepas berlari.Anda pon terus duduk di tempat anda.Aisyah pon telah menunjukkan batang hidungnya didalam kelas dan terus duduk di tempatnya."Ok,semua dah ada?Sempena bulan bahasa cikgu nak kamu semua mengambil bahagian dalam pertandingan 'Sing For Your Life' bagi bahasa inggeris.Boleh kelas?"Cikgu Rahimah hanay tersenyum lalu mengemas barang barangnya."Cikgu!"Aisyah berdiri dan membuat satu kelas terkejut."Saya nak menyertainya bersama Farah."Aisyah tampak bersemangat untuk pertandingan itu.Anda pon menghembuskan nafas kerana anda fikir Aisyah akan menyebut nama anda."Cikgu!jangan lupa (nama anda) sekali.Kami satu kumpulan."Aisyah hanya tersenyum memandang anda.Anda rasa seperti dunia ini bergoncang seketika."Baiklah,cikgu akan beritahu Teacher Jay." Cikgu Rahimah pon menyuruh murid-murid sekelas berkemas kerana lagi beberapa minit loceng akan berbunyi menandakan waktu balik bagi murid-murid sesi pagi.

    "Jumpa anda di rumah Mak cik anda petang nanti.Saya dan Farah akan datang kesana uuntuk berlatih."Itulah ayat terakhir yang diucap oleh Aisyah yang sangat mengerikan bagi anda.Anda terus mengayuh basikal tanpa menghiraukan Aisyah dan Farah dibelakang anda.Kata Aisyah dia ingin menemani anda.Mula-mula anda tidak bersetuju.Setelah,dipaksa oleh Cikgu Rahimah anda pon terpaksa bersetuju.

     (Di rumah)

     Anda sudah mandi dan bersiap,hanya tinggal untuk makan tengahari bersama mak cik anda di bawah.Anda pon terdengar suara mak cik anda memanggil anda.Anda turun dengan malas-malasan.Buka kerana kepenatan.Anda teringat akan Aisyah dan Farah yang akan datang kerumahnya petang ini.Anda tidak tahu harus berkata apa pada mereka.

     "Marilah tolong mak cik susun makanan ni.Kejap lagi boleh makan." Anda pon terus menolong mak cik anda.Selepas menolong mak cik anda menyusun makanan.Anda pon membaca doa untuk makan.Setelah sesuap nasi sampai di dalam mulut anda,mak cik pon bertanya panda anda."Cepatnye kamu dapat kawan.Kawan kamu Si Aisyah hendak datang rumah kan? pertanyaan itu membuat anda tersembur ketika sedang meminum air sirap buatan mak cik."Hey! Apa sembuh-sembuh ni.Nah tisu."Mak cik yang terkejut terus mengambil tisu dan terus menghulurkan kepada anda.

    Selepas makan,anda menolong mak cik anda membasuh pinggan dan terus  menuju ke tangga untuk berehat di dalam bilik.Baru shaja anda hendak duduk di katil yang empuk, mak cik  anda sudah memanggil anda.Anda tanpa berfikir panjang terus turun ke bawah.Belum sempat anda turun ke ke bawah,anda sudah mendengar suara yang paling anda kenal."Bukankah itu suara Aisyah dan Farah?"Anda tidak tentu arah.Anda tidak tahu untuk turun bawah atau duduk di dalam dan mengunci pintu.Tiba-tiba kaki anda terus menuju ke bawah.

     "Hai!" Sapa Aisyah.Anda hanya tersenyum sebagai lakonan di depan mak cik anda.Mak cik anda pon menunjukkan bilik anda.Aisyah dan Farah pon memasuki bilik anda tanpa izin anda.Aisyah dan Farah teruja apabila melihat bilik anda yang sangat luas.Mereka pon duduk di atas lantai."(nama anda) terima kasih sebab bagi kami datang kerumah mak cik awak walaupon saya tahu awak tak suka kami datang" Farah berkata jujur pada anda.Anda mula rasa bersalah tetapi anda tetap tersenyum malas."Takpelah.Nah,saya cadangkan lagu ini untuk persembahan nanti."Aisyah memberi lirik lagu cadangannya kepada anda dan Farah.Anda mula membacanya.

       Aisyah dan Farah hanya memerhatikan anda yang seperti dalam kesedihan."Kenapa?Kenapa dia pilih lagu ini?Lagu inilah yang sentiasa ayah nyanyikan.Adakah mereka cuba memainkan perasaan saya?"Batin anda.Terasa sakitnya bila mendengar lagu ini.Buka rasa sakit kerana mereka.Tapi sakit kerana menahan rasa rindu serta sedih.Anda pon menatap muka mereka."Tolong keluar"Tanpa sengaja anda mengeluarkan perkataan itu dengan nada sedikit berbisik.Anda menyebut perkatan tersebut lagi sekali tetapi dalam nada yang sedikit tinggi.Aisyah memandang anda dengan raut wajah yang pelik."Tapi kenapa?" Frah cuba memahami situasi."Kenapa?Kenapa awak buat saya macam ni.Saya rimas.Saya tak suka dengar perkataan sahabat.Bukankah sahabat itu menyakitkan?Bukan sahabat itu hanya membuang masa?Saya dah cuba untuk membuat korang bencikan saya tapi kenapa korang masih lagi ingin berkawan dengan saya?Cukuplah saya  dah muak untuk berkawan." Terdengar sedikit esakan dari celah celah penjelasan anda.

      "Bukan,Bukan!Awak silap.Kawan itu menolong kita.Kawan itu bukan menyakikan tapi kawan menolong menyembuh kesakitan.Kawan bukan membuang masa tapi kawan menolong kita mencari masa.Tolonglah jangan salah anggap."Farah tidak boleh melihat kesedihan daripada anda.Farah cuba menerangkan."Tapi kenapa?Kenapa kawan ayah tidak seperti itu.Kenapa kawan saya tidak seperti itu."Anda tidak boleh terima kenyataan."Kawan yang baik memang senang nak dapat tapi kawan yang betul betul setia dengan kita memang payah nak dapat.Jadikanlah perkara yang lepas sebagai pengajaran." Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Aisyah tadi anda pon tidak henti henti menangis .Tangisan anda dibalas oleh pelukan antara anda,Aisyah dan Farah.Baru pertama kali anad merasakan persahabatan yang sebenar.Anda melepaskan segalanya di dalam tangisan itu.

      "Dahlah,jangan menangis.(nama anda),kita akan menjadi kawan kamikan?Kami janji kami akan senang bersama,susah pon bersama."Pertanyaan itu dibalas oleh anggukan anda."Marilah kita mulakan latihan.Bolehkan kita buat lagu ini?" Dua pasang mata hanya tertumpu pada anda.Anda tersenyum.Senyuman yang sangat mains yang penuh dengan keikhlasan.Tiba-tiba..


Saturday 30 April 2016

PENTINGKAH SAHABAT?




Watak di dalam cerita ini

(nama anda) sebagai watak utama
Aisyah
Farah


Genre : persahabatan

CHAPTER 3

        Anda mula terkebil-kebil mencari 'pensel box' tetapi tetap tak jumpa.Anda tidak boleh terlepas mata  pelajaran yang paling disukai anda.Tak mungkin."Nah"Aisyah cuba untuk meminjamkan penselnya untuk anda.Anda berfikir sejenak adakah anda akang meminjam pensel orang sebelah anda sedangkan anda tidak tahu pon nama dia.Tapi anda juga taknak terlepas mata pelajaran yang paling disukai anda.Anda pun berfikir sejenak."Patutkah aku ambil?"Tangan anda dengan tiba-tiba mengambil pensel itu.Tanpa memandang muka Aisyah,anda pon mula menyalin.

     (nama anda) poov

   Kenapa aku susah sangat nak cakap terima kasih.Ehhh!kenapa pulak aku nak ada rasa bersalah.Aku mesti teruskan hidup tanpa sahabat.Bukankah itu matlamat aku.Lagipun apalah penting sangat berkawan?Setakat bersama setiap hari,lepastu,bila dah susah,hilang macam biskut.Dahlah (nama anda).Jangan nak mulakan persahabatan.Sungguh memuakkan.

    Kenapa dia pandang aku macamtu.Apa yang dia nak dari aku.Nak aku berterima kasih.Minta maaflah.

   (nama anda)poov end.

    Aisyah poov

      Betullah kata Mak cik Rozanah.Dia ni seorang yang pemalu.Saya mesti tolong dia.Mana boleh biarkan dia kesorangan disekolah ni.Nanti,habis dia dijadikan kuli oleh si pelik kat sekolah ni.Sape lagi kalau bukan Ain.

     Aku tak boleh lepaskan peluang,baik aku berkawan dengan dia sekarang.

    Aisyah poov end

   Aisyah menghulurkan tangannya sambil tersenyum."Ehh,dah kenapa pulak ni.Tolonglah jangan mulakan.Aku taknak ade kawan.Ya Allah tollonglah hambamu ini.."Anda mula rasa tak selesa.Anda tak tahu nak cakap ape dekat Aisyah."Hai.Nama saya Aisyah.Orang yang datang rumah mak cik awak hari tu.Janganlah malu-malu.Jom kita berkawan."Aisyah memulakan perbualan anda berdua.Anda mula rasa meluat."Malu?Apakah?Adakah kau rasa aku seorang yang pemalu?Tolonglah.."Anda hanya fokus dengan kerja anda.Aisyah pon dengan rasa sedih memulakan kerjanya.Tapi Aisyah tidak akan berputus asa untuk berkawan dengan (nama anda)

    Aisyah merasakan ada sesuatu disebalik anda.Masalah keluarga atau sebaliknya.Aisyah tahu kalau anda seorang yatim piatu dan anda sering diejek di sekolah lama anda.Aisyah amat perihatin.Walau pon ada rasa kesal dengan sikap anda tapi itu tak menyebabkan dia berputus asa untuk berkawan dengan anda.

    Kringggg!!Bunyi loceng menunjukkan waktu rehat iaitu waktu yang paling bernilai bagi bebudak di sekolah itu.Seperti biasa anda membeli makanan dan ingin bersenderian di atas meja tanpa ada seseorang manusia serta binatang di atas meja tersebut.Tiba-tiba anda terlanggar mihun sup Aisyah.Anda pun menunduk sebagai tanda permaafan daripada anda.Anda berniat untuk beredar dari situ kerana takut perkara tersebut diperbesarkan.Ketika anda melangkah untuk meninggalkan tempat itu,anda merasa yang tangan anda dipegang.Anda memusingkan kepala kebelakang.Anda terlihat muka Aisyah yang tersenyum sejak tadi.

      "Mana awak nak pergi?Awak dah tumpahkan mihun sup saya.Awak taknak ganti rugi ker?Tanya Aisyah yang sentiasa bersama Farah.Anda hanya mampu menggelengkan kepala."Maana boleh begitu.Hmmm..Macamnilah sebagai ganti rugi awak mesti rehat dengan kami dah berkawan dengan kami tak kira di luar atau di dalam sekolah.Ok?"Farah cuba mencadangkan.Bagi orang lain ia boleh dikira 'simple' tapi bukan bagi anda.Kenapa?Kenapa dunia ini kejam sangat!"Ok"Secara tiba tiba mulut anda menyebut perkataan yang akan memulakan perjalanan yang ngeri di sekolah ini.Terlihat wajah Aisyah dan Farah yang sangat gembira seperti dapat RM1000.

      Dengan itu,terpaksalah anda berehat dengan dua orang yang menjengkelkan bagi anda.Baru sahaja hendak duduk di  meja yang kosong tanpa  manusia atau haiwan."Hai !Nama saya Farah."Farah cuba memecahkan keheningan pada waktu itu.Anda hanya mengangguk sahaja."Ni kawan sekelas saya.Nama dia (nama anda)."Aisyah memperkenalkan anda kepada Farah.

      Murid- murid beratur untuk masuk kelas.Waktu rehat hampir tamat.Anda tidak tahu untuk berbuat apa.Anda hanya berada di tengah-tengah dua orang yang menjengkelkan.Anda tidak tahu untuk menuju ke mana.Anda rasa sangat rimas dengan semua ini.Anda pon beratur dan cuba berjauhan dengan 'kawan' anda.

     (Di dalam kelas)

     Aisyah poov

   Apa yang (nama anda) sedang termenungkan.Apa masalah dia?Macammana saya nak tolong dia kalau dia sedikit pon tidak bercakap.Saya mesti tolong dia.Sayakan kawan baru dia.Walaupon itu cuma paksaan dari Si Farah itu.Adakah ini kebaikan untuknya?

   Anda hanya termenung sambil memegang pensel yang anda pinjam daripada Aisyah.Keanapalah dengan dia tu?

       Aisyah poov end

   Tiba-tiba anda bangun dan terus menuju ke hadapan kelas.Apa yang dia hendak buat?Baik saya ikut dia."Cikgu,izinkan saya ke tandas."minta anda kepada cikgu.Tanpa disedari Aisyah mengikut anda dengan alasan untuk berjumpa dengan cikgu untuk menghantar buku.

    Anda pon berlalu ke tandas.Tanpa disedari anda menangis."Ya Allah!Kenapa dunia ini sungguh mengejamkan?Aku hanya ingin bersenderian.Bukankah berkawan itu hanya membuang waktu?Bukankah berkawan itu sangat menyakitkan?"Anda hanya mampu menangis.Anda tidak sanggup lagi.Anda tidak mahu berkawan lagi."Kenapa awak rasa berkawan hanya menyakitkan?

PENTINGKAH SAHABAT?




Watak di dalam cerita ini

(nama anda) sebagai watak utama
Aisyah
Farah


Genre : persahabatan


CHAPTER 2

              Ketika anda hendak turun ke bawah,anda terlihat mak cik anda bersembang dengan seseorang.Bukan seseorang tapi ada seorang budak disebelahnya yang mungkin sama baya dengan anda "siapa dia itu?" itulah persoalan yang timbul di benak fikiran anda.Tiba-tiba orang yang anda persoalkan itu ternampak anda yang tercegak dekat atas tangga.Dia tersenyum pada anda.Anda pun mengurungkan niat untuk menonton televisyen.Anda terus naik dan masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

     (Di ruang tamu)

           "Siapa yang berada dekat atas tangga itu tadi mak cik" Aisyah bertanya sambil menunjuk ke arah tangga."Ermmm.Rasanya anak buah mak cik kot.Nama dia (nama anda).Biasalah dia seorang yang pemalu."kata mak cik Rozanah sambil tertawa."Bila anak buah awak tu pindah kesini?" Tanya Mak Siti, emak kepada Aisyah."Dia baru je pindah kesini.Baru beberapa minit tadi"Jawab mak cik Rozanah.

            Mereka pon bersembang.Mak cik anda cuba memanggil anda.Tapi anda tidak mahu turun.Sudah di whatssapp turun,tidak juga dibalas.Anda hanya ingin berehat di dalam bilik dengan aman dan damai.

        Pada waktu malam,anda pon terus turun kebawah untuk makan malam bersama mak cik.Sewaktu sedang berselera makan.Mak cik pon memecah keheningan."(nama anda),sudah bersiapkah untuk besok?baju?buku? sudah di kemas?"Tanya mak cik bertubi-tubi.Anda hanya membalas dengan anggukan.Anda sebenarnya takut untuk kesekolah baru anda.Bukan takut diejek tapi takut jika dia ada kawan baru disana.Anda sudah muak untuk berkawan.Anda lebih selesa bersendirian.

       (Keesokan harinya)

          Jarum jam sudah berada tepat pada pukul 6:00 AM.Anda pon dengan malas mengambil tuala dan terus mandi.Selepas selesai segala persiapan.Anda pon terus turun untuk bersarapan.Anda hanya makan roti yang kosong sahaja tanpa meminum air.Anda sudah terbiasa bersarapan seperti itu.Anda terus bangun dan keluar untuk memakai kasut.

        Anda mengayuh basikal perlahan-lahan.Kata mak cik,mak cik tak sempat untuk hantar anda.Anda terpaksa menggunakan basikal yang sudah lama tidak digunakan.Sesampai sahaja disekolah,anda meletakkan basikal di garaj yang disediakan.Tiba-tiba anda ditolak sehingga jatuh ke tanah.Rasa sakitnya hanya Allah sahajalah yang tahu."Woi,budak baru!berani kau letakkan basikal buruk kau dekat tempat kitorang.Basikal kau ni sepatutnya letak kat tepi pokok ataupon letak je kat tong sampah kat sana"Kata Ain,iaitu budak perempuan yang paling berkuasa kat sekolah itu.Dia ialah seorang ketua pengawas.Kata orang depan cikgu je baik.Belakang?Fuhh pijak semut pon tak mati.

       Anda hanya berdiam diri mendengar gelak ketawa tiga orang yang bagi anda sungguh pelik.Anda bukannya tidak berani untuk berlawan tapi anda tak nak mencetuskan pergaduhan pada hari pertama anda disekolah itu.Dengan hati yang berat,anda pon mengalihkan basikal anda menuju ke sebatang pokok yang besar di situ.Anda pon meletakkan basikal anda di situ.Tanpa diketahui ada yang senyap senyap mengintai anda.

      "Kesiankan dia tu.Baru masuk sekolah ni dah kene buli."Farah mula mengeluarkan rasa simpatinya."Ini tak boleh jadi.Jom kita berkawan dengannya."Aisyah cuba menyelesaikan masalah.Farah hanya tersenyum.Farah tahu yang kawannya sangat baik.Mereka melihat kearah pokok tersebut.Mereka cuba mencari keberadaan anda.Farah melihat kearah jam.Mereka menyedari mereka hampir terlambat untuk sesi pembelajaran.Dengan kecepatan maksimum,mereka pon beredar daripada situ.

      Sesampainya ke kelas,mereka hanya duduk dan cuba mengatur nafas.Loceng pon sudah di bunyikan.Selepas beberapa saat loceng dibunyikan,Cikgu Rahimah pon memasuki kelas tersebut tetapi terdapat seseorang berpakaian seragam sekolah berada di belakang cikgu."Kelas,perkenalkan (nama anda).Murid baru di sekolah ini.Semoga kamu semua boleh berbaik dengannya.Boleh kelas?"
Pertanyaan cikgu tersebut dibalas dengan anggukan oleh satu kelas.Muka anda tak terlepas daripada senyuman.Walaupun senyuman itu manis dipandang tetapi tidak bagi anda kerana senyuman hanyalah palsu semata-mata.

      Anda pon diberi tempat disebelah Aisyah.Anda rasa seperti pernah melihat wajahnya tapi di mana ya? "Bukankah dia ni yang datang rumah mak cik itu? Kenapa saya terserempak dia disini?"Timbul penyesalan dalam diri anda.Cikgu sudah mula menulis di papan kelas.Inilah mata pelajaran yang paling anda suka iaitu sejarah.Anda mula mencari keberadaan 'pensel box' didalam beg anda.Tetapi anda tidak jumpa.Anda tidak mungkin meminjam pensel dekat orang sebelah malah melihat mukanya pon anda tak sanggup,Anda mula terkebil-kebil mencari 'pensel box' tetapi tetap tak jumpa.Anda tidak boleh terlepas mata  pelajaran yang paling disukai anda.Tak mungkin."Nah"Aisyah cuba untuk meminjamkan penselnya untuk anda.Anda berfikir sejenak adakah anda akang meminjam pensel orang sebelah anda sedangkan anda tidak tahu pon nama dia.Tapi anda juga taknak terlepas mata pelajaran yang paling disukai anda.Anda pun berfikir sejenak."Patutkah aku ambil?"....
     

Friday 29 April 2016


PENTINGKAH SAHABAT?




Watak di dalam cerita ini

(nama anda) sebagai watak utama
Aisyah
Farah


Genre : pershabatan



Ini ialah cerita saya yang pertama .Maaf jika cerita ada kesalahan tanda baca atau kesalahan ejaan.
Cerita iini ada pengajaran di sebaliknya.

INGAT INI CUMA FIKSYEN
TIDAK ADA KENE MENGENA DENGAN
YANG HIDUP ATAU YANG MATI!!


     Pada hari yang sangat cerah dan sesuai untuk bebudak bermain di luar.Tetapi bukan seperti(nama anda).Dia seorang yang sangat pendiam,boleh dikatakan dia budak yang "lonely"di sekolah.Bagi dia berkawan hanya membuang masa sahaja.Dia berpendapat begitu kerana kisah ayahnya yang selalu dipermainkan oleh kawannya.Sehingga ayahnya jatuh sakit lalu meninggal dunia.Dia amat membencikan perkataan "sahabat".Sungguh menyakitkan.Apatah lagi kawannya yang selalu berada disampingnya selalu tetapi bila dia telah menjadi anak yatim piatu dan miskin.Kawannya bukan malah menjauhkan diri daripadanya tetapi dia juga mengejek dan menghinanya.

      Hari itu anda hendak pindah kesekolah lain kerana anda harus duduk dirumah makcik anda iaitu Puan Rozanah.Anda harus akur kerana anda tiada lagi tempat untuk tinggal.Esok anda akan mula melalui  perjalanan disekolah yang baru.Anda berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah kesayangan anda tapi anda tetap gembira kerana tidak perlu berjumpa lagi dengan Si Syaitan itu lagi yang sentiasa menghina anda dimana-mana tak kira disekolah atau di luar sekolah.

      "(nama anda)! Dah siapkah?Kita nak pergi dah ni.Cepat angkat barang-barang turun.Mak Cik tunggu kat kereta."Jerit Mak Cik Rozanah."Sudah ! Kejap lagi saya turun."Anda lalu turun membawa barang-barang anda.Barang barang anda sedikit sahaja kerana semalam anda sudah mengangkut barang barang anda kerumah mak cik anda.Anda hanya tinggal membawa baju dan tidak lupa juga buku diari yang diberikan oleh arwah ayah anda.

       Setelah menyusun barang barang di dalam kereta .Anda pun masuk kedalam kereta.Sewaktu kereta berjalan anda hanya melihat rumah yang banyak kenangan anda bersama arwah ayah anda.Mata anda tidak terlepas melihat rumah tersebut hinggalah kereta mak cik anda membelok ke kiri jalan.Anda menghembus nafas berat.Terasa susahnya untuk meninggalkan rumah tersebut.

      Setelah beberapa jam perjalanan,Mak cik anda pun mengejutkan anda.Anda pun terus keluar dari kereta tanpa melihat keadaan sekitarnya."Eh,mana rumah Mak cik.tak nampak pon?"tanya anda dengan mata yang terkebik-kebil."Sabarlah.Kita belum sampai lagi.Kita singgalah makan dulu. Mak cik laparlah.Dekat rumah makcik tak sempat masak.Awak taknak ke?Kalau tak nak duduklah dalam kereta."Terang makcik Rozanah panjang lebar sambil berlalu memasuki sebuah restoren.Anda tanpa berkata pon terus mengekori mak cik anda.

    Sesudah makan,anda dan makcik anda pon memulakan perjalanan.Kata mak cik Rozanah rumahnya hanya diseberang sana.Jadi,tidak sampai 5 minit anda telah pon sampai di rumah mak cik Rozanah.Anda mengangkat barang barang anda lalu mengikut Mak Cik anda yang hendak menuju ke bilik anda.CKLEK bunyi pintu dibuka.Anda terkejut kerana bilik yang anda bakal didiami anda sangat luas."Wah,luasnya!'Ini bilik saya ke?"tanya anda dengan keadaan teruja.Mak cik anda hanya tersenyum.

     Anda hanya berkurung di dalam bilik anda yang luas pada hari itu.Jam baru menunjukkan pukul 1:36 PM.Anda tidak merancang pon untuk keluar berjalan-jalan.Apatah lagi mencari kawan.Anda mula berasa bosan.Anda pon berniat untuk turun ke bawah untuk menonton televisyen.Ketika anda hendak turun ke bawah anda terlihat mak cik anda bersembang dengan seseorang.Bukan seseorang ada seorang budak yang mungkin sama baya dengan anda."Siapa dia tu"itulah persoalan yang timbul dibenak fikiran anda.Tiba tiba..